Monday 21 January 2013

kisah seorang wanita itu

Kisah Seorang Wanita.

hakmilik Allah by kasih Asnia


Hawa a.s adalah permulaannya penciptaan kaum wanita. Hasil dari zuriat Adam a.s & Hawa r.a menjadi cucu cicit mereka di hari ini. Kesinambungan hidup ini membentuk Kaum Hawa dan Bani Adam.


 Wanita adalah kaum Hawa yang bertanggungjawab melahirkan Zuriat untuk kesinambungan tamadun sehingga hari kiamat. Perjalanan hidup seorang wanita sememangnya amat sukar mereka tempuhi. Seperti awal penciptaan Hawa r.a mengambil masa yang lama.
Wanita itu dicipta dengan keistimewaaan. Sesungguhnya jika terjaga perilaku dan perwatakan wanita itu, dia lah bidadari di dunia. Bukan sekadar perhiasan dunia semata. Adapun sebaik-baik wanita, tutur katanya Kebenaraan, Sebagai semangat buat insan yang dicintainya dan pelukan serta senyuman seorang wanita membawa kepada kehangatan kasih kepada anak-anaknya, tidak kira anak kandung,anak susuan @ anak angkat.
.  Saat temannya tertawa dia pun akan turut serta merasakan kebahagian temannya itu, lalu wanita itu mengukir senyuman, walaupun ada kebahagiaan temannya itu satu kesulitan bagi dirinya.
  Wanita itu selalu berduka tatkala melihat kesusahan & kesedihan yang dialami oleh mereka-mereka yang dikasihinya.
  Di sebalik tabir kedukaannya, wanita itu terus mahu tersenyum demi kebahagiaan mereka yang ada di sekelilingnya. Dalam keterjatuhan hidupnya dia tetap punya semangat yang tiap kali perlukan bimbingan. Kelekaan wanita itu bukan kerana kekurangan didikan. Kelalaian wanita itu juga bukan bererti dia tidak pandai. Hatinya yang lembut membuat dia seringkali terluka.
anak adalah anugerah dari Tuhan
   Wanita mengendong perutnya selama 9 bulan dan ada juga terpaksa membawa kandungannya hampir 12 bulan. Bukan mudah untuk dilakukan, satu pengorbanan wanita sejak awal Kejadian Hawa lagi.
   Bayangkan ke hulu ke hilir mengendong perutnnya. Lalu wanita itu melahirkan bayi itu, saat yang sangat memeritkan bagi seorang wanita, bagai bertarung hidup mahupun mati. Apabila terlihatnya wajah bayi yang dilahirnya itu, dia gembira dan sangat-sangat bahagia, begitu juga wanita-wanita yang melihat kelahiran itu sama gembira. Lahirnya seorang zuriat yang comel dengan kulit yang lembut, wanita itu memberi kebajikkan pada anaknya bermula dengan menyusui anak itu. Lalu dia membesarkan anak itu dengan penuh kasih sayang. Pengorbanan hidupnya buat anak-anak dan keluarga yang dikasihi.


Ajal maut dan jodoh pertemuan Rahsia Allah
  Hati wanita itu amat murni dan luhur, lembut kerana kasihinya, yang selalu disalah erti dan dipandang lemah.
Wanita akan tersangat2 sedih bila ada kematian yang dikhabar kepadanya, akan menitis airmatanya tatkala melihat kematian didepan matanya sendiri.
  Adapun wanita yang tidak kelihatan sedihnya bukanlah tidak ada belas kasihan, namun dia cuba untuk menguatkan hatinya untuk meneruskan hidupnya.
   Ibu kita adalah wanita itu, hargailah dia selagi dia masih ada. Lihatlah lukisan kehidupanya, begitu berliku bermacam-macam ujian untuknya demi membesarkan kita.

                                                            ********mutiara kata*********
    Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab baginda. "ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"

wanitakusyg.blogspot.com

Sunday 13 January 2013